Khamis, 20 Jun 2013

5 PANDUAN MILIKI KULIT IDAMAN

Setelah mengenal pasti masalah kulit yang perlu ditangani, anda juga tahu apakah cara mudah bagi memiliki kulit yang lebih cerah dan cantik.ikuti 5 langkah mudah ini dan jangan terkejut bila ia benar - benar memberikan kesan yang diingini.

1. PENJAGAAN ASAS

penjagaan asas, itulah perkara pertama yang perlu dilalukan. Namun bagi mereka yang sememangnya dikurniakan kulit mulus, tiada masalah untuk mencuba sesuatu yang lebih ekstrem. Sebaiknya buat kulit yang bermasalah, utamakan dulu untuk mengatasinya sebelum memikirkan untuk mengunakan produk -produk pencerahan.Jika anda berdegil dan tetap mahu melakukannya walhal kulit bermasalah, ia hanya akan mengundang masalah yang lebih besar dan tidak terkawal. Bertemu pakar dermatologi adalah jalan penyelesaian paling tepat terutama jika berhadapan dengan masalah wajah berminyak atau berjerawat.

2. PELEMBAB BERSESUAIAN

Pengelupasan tidak dapat dielakan dalam proses pencerahan terutamanya bagi kulit kering. Ia perlu bagi menanggalkan lapisan kulit gelap untuk digantikan dengan yang baru. Oleh itu penggunaan pelembab amat penting tetapi pastikan ia cukup serasi dengan kulit. Oles kan pada wajah pada 10 atau 15 minit selepas menggunakan produk pencerahan.


3. KRIM PELINDUNG MATAHARI

Berhati -hati ketika membeli produk kerana tidak semua menawarkan perlindungan matahari sekaligus mengelakkan kulit daripada sinaran UVA & UVA contohnya boleh menjadi penyebab kepada penuaan, kedutan serta tona kulit tidak sekata. UVB pula akan menyebabkan kulit terbakar atau sering disebut - sebut sebagai sunburn. Bagi mendapatkan pencerahan yang berkesan, anda disarankan untuk menggunakan produk yang menawarkan perlindungan SPF50 iaitu yang lebih tinggi.

4. AMALKAN VITAMIN C

Keanjalan kulit dan pencegehan pengeluaran melanin dapat diatasi dengan pengambilan pil glutathione dan juga 1000mg vitamin C. Bagi yang kurang pasti, melanin ialah pigmen yang bewarna coklat. kulit yang gelap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk ditumbuhi melanin.

5. LULUR BADAN

bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih tradisional, lulur adalah jawapan terbaik.Rawatan ini dikatakan dapat mengikis sel -sel mati sekaligus menjadikan kulit lebih bersinar dan cerah. melulur perlu dilakukan kerana sel -sel kulit mati perlu dibersihakan. Namun jangan terlalu kasar ketika menggosok kerana ia boleh menyebabkan luka pada kulit.Selain itu berhati -hati juga dengan sel rosak kerana ia boleh menghasilkan jerawat.


NAK LEBIH PENJAGAAN LEBIH RAPI GUNALAH PRODUK MARY KAY.UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH BERHUBUNG DENGAN SAYA YER...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan