Rabu, 3 Julai 2013
06 RAHSIA KEKAL SIHAT & BAHAGIA
1. BELANJA UNTUK DIRI SENDIRI
- Menurut Debra Engle dari InnerGardener com, seorang wanita yang menghabiskan wang untuk membeli keperluan sendiri dapat meningkatkan rasa lebih baik dan sihat. Keadaan ini juga dapat meningkatkan mood, penampilan dan gaya seseorangan.
2. AKTIFKAN OTAK ANDA
- Neurobiologist Lawrence Katz dari Duke University mengatakan latihan kognitif atau ' neurabics' dapat mengaktifkan rangkaian baru pada otak dan melawan kesan penuaan mental agar anda sentiasa muda dan kuat.
- Anda juga boleh mengubah kebiasaan misalnya memakai jam tangan di pergelangan tangan lain, memakai minyak wangi yang berbeza setiap hari atau menyediakan makanan yang jarang dimasak.
3. LEBIH BERANI
- Penulis buku Women & Money, suze Orman mengatakan wanita takut untuk keluar dari zon 'selamat'. takut mengecewakan seseorang, takut kehilangan suami, takut anak - anak tidak mendengar kata, takut orang lain fikirkan tentang kita dan sebagainya.
- cubalah untuk mengambil risiko kecil dengan menceritakan kepada kawan rapat atau bertindak lebih berani dengan meminta kenaikan gaji atas prestasi kerja anda atau sebagainya.
- Cara ini dapat mengurangkan rasa takut, meningkatkan harga diri dan lebih berani
4. ELAKAKAN PERASAAN BERSALAH
- Sesetengah wanita merasa bersalah kerana tidak mempunyai masa lebih lama bersama keluarga dek kerana tuntutan kerja.Untuk menghilangkan rasa bersalah, berikan diri anda ruang untuk merasai emosi positif dan negatif. Ini dapat membantu ada untuk lebih tenang dan tetap fokus.
5. LAKUKAN SENAMAN YANG SISUKAI
- Biasakan diri untuk mencuba pelbagai senaman dan buang sikap putus asa seperti 'saya tidak cukup bagus bermain badminton'. Paling penting fokuskan demi kesihatan dan jangan sesekali memaksa diri untuk bersenaman
6. SENTIASA TERSENYUM DAN KETAWA
-Manfaat ketawa dengan melakukan senaman dan ia membantu mengaktifkan hampir sema sistem psikologi manusia.
- Menurut Steve Wison,terapis dan pakar psikologi, ketawa dapat membakar kalori, meningkatkan endorfin positif, mengurangkan stres dan mempertahankan sistem imun seseorang. Perbuatan ketawa setiap dua jam boleh disamakan dengan makan sebiji epal setiap hari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan