Khamis, 27 Ogos 2015

ikan siakap asam boy


GOOD MORNING....pagi nie saya nak share masak stim ikan siakap asam boy.masak paling simple dan menjimatkan masa.kepada ibu ibu yang sibuk bekerja tu boleh cuba resepi nie..bole tahan la rasa nyer sedap bila makan time panas!!!!!







bahan- bahan :


1 ekor siakap yang siap dibersihkan

1 biji bawang holand - dihiris

2 tangkai cili merah - dihiris

3 ulas bawang putih - dihiris

1 batang serai - di ketuk

1 inci halia - dihiris

2 batang lobak merah - potong bulat

1 helai daun limau perut

4 biji asam boy

2 sudu besar sos ikan

2 sudu besar sos tiram

3 batang daun ketumbar

3 batang kacang panjang ( jika perlu)


cara memasak :


1. panaskan kukus terlebih dahalu

2.masukan ikan, cili merah , bawang,serai, lobak merah, sos ikan, sos tiram, dan asam boy dalam loyang

3. kukus selama 25 minit dan lepas tu masukan daun ketumbar,daun limau perut, kacang panjang dan garam dan perisa dengan secukupnya dan kukus lagi selama 5 minit

4. siap dan boleh dihidangkan


selamat memcuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan