PERTAMA :
Membaca satu senaman minda. Dengan membaca, sel-sel otak akan menjalankan proses aktif minda menyebabkan seseorang mampu berfikir dengan baik.
KEDUA :
Otak lebih cepat fokus.Melalui pembacaan, otak akan lebih fokus ketika melakukan sesuatu aktiviti.
KETIGA :
Membaca meningkatkan kreativiti berfikir. Apabila seseorang banyak membaca, ia pastinya mampu mengeluarkan idea-idea diluar kotak.
KEEMPAT :
Membaca rangsang memori. Jika memori tidak dirangsang, ingatan akan lemah. Permainan teka teki lebih mudah untuk meningkatkan memori.Sekali gus, elak nyanyuk di usia tua.
KELIMA :
Membaca tingkatkan kemahiran komunkasi. Dengan banyak membaca, banyaklah pengetahuan yang akan diperoleh sekali gus membina keyakinan untuk berkomunikasi dengan sesiapa saja.
sumber : Al Islam november 2013
meningkatkan daya fikir ke berangan??berangan kn yg sebenarnye?? hahaha
BalasPadam