Selasa, 25 Februari 2014

birthday yang ke 27 (2014)

Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur..25  Februari nie genap la aku 27 tahun..wahhh cepatnyer masa berlalu..Ape2 pun aku bersyukur sangat diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna walau pelbagai rintangan dan ujian yang melanda..tahun nie aku sambut birtday yang sederhana jelah,yelah  dah nak tua kan.Syukur tahun nie dapat jgk hadiah dari suami dan kawan-kawan..
nie sebahgian hadiah daripada mereka semua...terima kasih pada semua yang mengingati dan saya amat menghargainyer...










                         





kejutan dari kawan-kawan di office...terima kasih kakak semua...heheehehehe...



Dinner bersama En.hubby...


celebrate bersama bff...


Khamis, 20 Februari 2014

SELAMAT HARI LAHIR KAWAN_KAWAN FEBRUARI


HAPPY BIRTHDAY MY FRIENDS

Bulan yang paling aku suka iaitu FEBRUARI...ada banyak makna tu..dah tentu aku pnyer birthday, tp dah tua-tua nie tak berapa nak minat sangat ngan birthday nie, yelah takut tua cepat kan..kalo bole aku nak muda mcm zaman-zaman remaja dulu, tapi nak buat mcm mana kan semua tu kena kte lalui, tapi hari nie aku nak cerita pasal kawan-kawan aku nie..bulan nie jew 3 sahabat aku sambut hari lahir, meriah la jgak buat kejutan masing-masing kat dorang bertiga nie..SELAMAT HARI LAHIR KAWAN_KAWAN KU.....

08 Februari genap la jiran sebelah aku nie yg ke 30..Alhamdulillah walau dah masuk alam 30 still lagi jiran aku nie nmpak mcm 25 tahun..hihihihihi..ape petua dia tu ek????nnti jgn lupa share2 yer...HAPPY BIRTHDAY MAYFARA...







alorrr cianyer dierr..ada sekeping jew pic dier...birtyday budak kiut  nie 9 february..kali nie celebrate 3 orang jew...puan syira,pn dilla dan pn.linda jew..kami bertiga nie mmang suka bertiga jew...bila dah berjumpa 3 serangkai nie mmang citer x kan stopnyerr....ape2 pun happy birthday SAYANG..


yang nie plak kak rinie birthday dia 18 february...kami berpaKat celebrate kat office jew..maklumlah nak keluar susah kan..so celebrate kat office jelahh...walaupun kat office jew tapi tetap meriah...









Selasa, 11 Februari 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT KU ILY IZATI 
DAN PASANGANNYER YAZ.

07 FEB 2014 ILY DAN YAZ TELAH DIIJAB KABULKAN DI MASJID PUTRAJAYA DENGAN SEKALI LAFAZ..TAHNIAH BUAT SAHABAT KU TELAH MENAMATKAN ZAMAN BUJUNGNYER..



Ya Allah Ya Rahim... Dari setinggi dan selaut kasih sayang Mu, 
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunanMu kepada pasangan suami isteri ini. 
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan ketenangan, kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu, 
mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia, 
dengan Taufik dan HidayahMu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. 
Amin Ya Rabbal Alamin
























MAJLIS PERSANDINGAN DI DEWAN PUTRAJAYA



















Kali nie kami bff memilih time sanding ily bertemakan warna pink biru gitu, tapi bila tengok balik mcm pink jew, biru agak kurang ckit.Syukur 09 Feb 2014 majlis persandingan ily dan yaz berjalan dengan lancar.

hari nie tak semua bff dapat berkumpul, biasa la masing-masing ada urusan tak dapat dielakkan,walaubagaimana pun kami tetap meriah  walau tak kesemuanyer berkumpul. yang bestnyer ily dah reserved untuk bff dia, yang tak bole blahhhhh meja ktorg depan skali, dah la masing-masing gelak tak reti nak cover..biasalah bila dah berkumpul tu masing-masing lupa diri ckit,lebih-lebih yang dah kawin tu lagi la lupa laki kat rumah sekejap, kebetulan aku dan eryn tak bawa laki, rasa single la plak kan..hehehehe...
terus terang la kami nie semua hantu kamera,sampai abang camera men pun dah tak larat nak layan ktorang,yang kelakarnyer bangla yang serve makanan pun sibuk nak snap gambar ktorang,byk kali asyik datang meja ktorang jew..mybe berkenan salah sorang dari ktorang kot, bila berjumpa macam nie terasa mcm budak sekolah padahal umur dah 27 dah..hehehehe..orang ckp kalo suka ketawa awet muda kan..harap-harap mcm tu la kan...Lepas nie trun Kawan aku sorang lagi mendirikan rumah tangga, (FATEEN SYAZWANI) hujung tahun nie..

Khamis, 6 Februari 2014

UNIFORM UNTUK 2014


setelah lama aku x update blog,baru lah ari nie aku nak update, hari nie aku nak cerita pasal bj uniform yang kena pkai pada tahun 2014..yang kaler meriah ckit nie biru campur hijau kena pakai hari selasa hingga jumaat,tapi aku rasa mcm tak best plak hari2 megadap baju yang sama jew,so aku ngan patner aku pilih hari selasa jelah..harap-harap la x kena pkai tiap-tiap hari,rugi baju aku dalam almari tu taw.

yang baju kaler kelabu asap tu aku kena pakai hari isnin sahaja,baju untuk bahgian admin jew,pada mulanyer aku tak berapa nak suka sangat dengan warna tu, tapi bila dah pakai rasa ok la..warna agak lembut ckit..best jugak pakai uniform nie ringkas,boleh jimat waktu,dan senang nak besiap pergi kerja,tak payah nak fikir-fikir pakai baju ape hari-hari.








Jumaat, 25 Oktober 2013

BAGAIMANA MEMBACA MERANGSANG OTAK??

PERTAMA :

Membaca satu senaman minda. Dengan membaca, sel-sel otak akan menjalankan proses aktif minda menyebabkan seseorang mampu berfikir dengan baik.

KEDUA :

Otak lebih cepat fokus.Melalui pembacaan, otak akan lebih fokus ketika melakukan sesuatu aktiviti.

KETIGA :

Membaca meningkatkan kreativiti berfikir. Apabila seseorang banyak membaca, ia pastinya mampu mengeluarkan idea-idea diluar kotak.

KEEMPAT :

Membaca rangsang memori. Jika memori tidak dirangsang, ingatan akan lemah. Permainan teka teki lebih mudah untuk meningkatkan memori.Sekali gus, elak nyanyuk di usia tua.

KELIMA :

Membaca tingkatkan kemahiran komunkasi. Dengan banyak membaca, banyaklah pengetahuan yang akan diperoleh sekali gus membina keyakinan untuk berkomunikasi dengan sesiapa saja.


sumber : Al Islam november 2013

Jumaat, 13 September 2013

EPAL DAN BAWANG PUTIH

BAWANG PUTIH TURUNKAN BERAT BADAN

menurut pakar pemakanan,bawang putih sangat baik untuk membantu proses penurunan berat badan.Banyak bukti menunjukan bawang putih efektif untuk mencegah tekanan darah tinggi, mengawal diabetes, dan mengurangkan risiko serangan jantung.


SEBIJI EPAL UNTUK KURUS

Terdapat beberapa kajian yang menunujukan bahawa pengambilan sebiji epal atau pir sebelum mengambil makanan berat dapat meningkatkan kadar penurunan berat badan. Buah-buahan yang kaya serat menjadikan seseorang itu mudah kenyang dan pengambilan makanan lebih terkawal. Tidaklah anda asyik lapar walaupun selepas makan.






























Rabu, 11 September 2013

TIP SEMPENA KENAIKAN MINYAK.

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak.mcm biasa lah lepas pilihan raya mesti ada kenaikan punyerr..tp semua tu x pe..yang penting kte sama-sama terima hati yang terbuka.. Bukan harga minyak sahaja yang naik malah harga barang pun turut naik jgak..Ape yang kite perlu lakukan iaitu berjimat cermat,itu lebih baik sebenarnyer.Hari nie nak share berape tip untuk jimatkan minyak.

1. Penuhkan minyak
Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang. Minyak meruap dengan pantas. Isi minyak dengan perlahan. Jangan tekan nozzle tu kuat sangat. Minyak yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar. (isi pelahan x pe, tp jgan sampai org beratur smpai belakang plak)

2. Kurangkan laju
Bawa dengan kelajuan yang konsisten. Kalau 70, cuba kekal 70 saja. Jangan tekan minyak selalu secara mendadak. ( tp nak bawa slow tu tngok keadaan jgak,jgan nak mcm kura2 sgt)

3. Tayar
Bila kita gunakan tayar yang saiznya lebih lebar, lebih minyak akan digunakan. Ini kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yang lebar.

4. Letakkan kereta di tempat teduh
Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan.

5. Angin tayar
Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yang betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak.

6. Kurangkan beban
Bersihkan kereta. Apa saja barang yang tak diperlukan keluarkan daripada kereta. Tahukah bebanan sebanyak 50 kg akan menggunakan 2% minyak?

7. Naik basikal