Jumaat, 27 Mac 2015

mood berkebun kembali lagi..





Rasanye dah lama x update kat sini kan..ari nie nak citer ckit pasal "mood berkebun kembali lagi"
Sebelum nie pun aku dah berkebun kecil kecilan dirumah jew..time tu  mmang mengila nak menanam semua pokok..bole dikatakan tiap tiap minggu aku g nursery di melaka,time tu aku bertugas di melaka..Kat Melaka banyak plak nursery..tiap tiap mggu bawa balik pokok dari melaka ke Kl..

ok sekarang nk cerita pasal pokok rose jepun.Lepas bersalin nie hati nie membuak buak nak taman pokok rose jepun.Nasib la jiran sekerja aku nie pun suka taman rose jepun..dia lah orang first bagi rose jepun aku..gambar kat atas tu baru belajar taman rose jepun..sejak sejak nie aku suka search mengenai RJ..cara nak jaga RJ mcm mana.nasib mr Hubby aku x kisah, dia lah teman aku g beli tanah,beli pasu dan paling best dia bagi kata kata semangat untuk tanam RJ nie
Dan paling tak sabar sekali nak tngok RJ aku berbunga dengan rimbunnyer..tp kena bersabar kena ambik masa untuk berbunga..banyak step perlu aku buat..kesabaran n kerajinan sangat penting dalam bidang perkebunan kan..heheheheh

Tak sabar nak merimbun mcm nie..








Jumaat, 20 Mac 2015

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA


1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 barang serai
1 biji tomato
1 batang lobak merah
cili boh (mengikut kepedasan)
sos tiram
sos cili
sos tomato
sos ikan
garam
gula

1. ikan siakap dibersihkan dan dilumurkan dengan tepung jagung
2. panaskan minyak,dan goreng sehingga garing
3.untuk kuah plak tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu dan sedikit cili boh,tumis sehingga cili itu masak
4.kemudian masukan tomato, serai, lobak merah yang dipotong dadu
5.masukan sos cili,sos tomato,sos tiram,sos ikan mengikut kuantiti kuah
6.letakan sedikit air,garam dan gula.
7.selesai masak kuah boleh curahkan kuah tu diatas ikan..


SELAMAT MENCUBA

PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN OLEH SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

1. suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah

2. Banyak membaca Al-Quran dan mengarapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut

3. Suami hendaklah banyak berpuasa isnin dan kahmis

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah

5. Elakkan daripada pergi ke tempat tempat yang tidak dibenarkan oleh syarak

6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang orang yang soleh

7. suami hendak banyak bersabar dalam menjalinkan hubungan dengan isteri

8. Banyak membaca doa untuk keselamatan isteri yang sedang mengadung dan keselamatan anak dalam kandungan

9. Suami hendaklah menjaukan diri daripada mara,dan benci terhadap isteri

10. Dilarang mmbuka aurat,kerana dikhuatirikan mempengaruhi akhlak anak yang dilahirkan.