Isnin, 29 Julai 2013

for my mummy - BIO VELOCITY


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
saya hanya mampu untuk memberi kepada ibu saya SLEEP MATE untuk berfungsi merawat pelbagai penyakit, insyaAllah mak kalo kite barusaha pasti satu hari nanti mak akan sembuh seperti dahulu kala.
harganyer memang agak mahal tetapi hasilnyer memuaskan....




produk ini membantu merawat penyakit seperti :

* SAKIT SENDI
* SAKIT LUTUT
* MIGRAINE
* ATHMA
* LETIH BADAN
* DARAH TINGGI
* INSOMIA
* STRESS/TEKANAN JIWA
* STROK
DAN LAIN-LAIN LAGI


ini adalah kerana produk BVSM ini membantu dalam menyelaraskan darah & frekuensi dalam badan kita sekaligus membantu kestabilan dlm badan manusia..
ia juga membantu mengaktifkan sel saraf dlm badan agar terus bertindak aktif!

Ahad, 28 Julai 2013

IFTAR WITH BFF -di putrajaya

Sekian lama x berjumpa ngan bdak -bdak comel nie, kali nie aku mengambil kesempatan untuk berbuka bersama dengan dorang, walaupun aku bz dengan kerja siang malam tapi aku tak akan abaikan sahabat-sahabat aku nie, Kali nie kami memilih Lokasi di PUTRAJAYA, dan menu pada malam nie Steamboat di AL SINNI - Chinese Restoren. Bole tahan jgak la semua steamboat dia,terbaik dan puas hati, terima kasih yang memilih kawasan di sini, tekak sy suka sekali..heehehehehe..(poyo kan)..yang tak terbabit pun ada jgak..meriah jgak kali nie  walaupun tak semua yang ada kan,maklum lah ada tu dah berumah tangga,so yg single lah yang berkumpul.

Lepas jgak rindu aku kat korang..raya nnti mcm biasa yer kawan-kawan..love u korang.












Isnin, 22 Julai 2013

menunggu..

Aku sampai jew klinik dalam kul 9.15 minit,tp sampai skang 11.15 tak masuk-masuk lagi, rasa mcm pergi HKL jew.sampai jew penuh orang menunggu,tp pelik doktor x sampai lg padahal dah pukul 10.00..kalo mcm nie susah la,bole menjejaskan aku pnyer tugas harian.rasa menyesal pun ada,sb kena dtg tiap2 bulan, kalo service ok bole la tahan jgk kan..nie ermmmmmmm...saba jelah..ari nie aku kena cabut gigi,x tawu la ape rasanye lagi,dan bape batang akan dicabut??confirm la aku x bole nak makan nanti.nasib la pose kan.bole menahan nafsu nak makan tu kan..harap harap tak sakit la..

Still menggu lagi nie jam menunjukan nak kul 12..
Dalam hati mcm nak angin dah..
-end-

Jumaat, 19 Julai 2013

KELAKAR PUN ADA JUGAK











bila aku tengok jew pic nie mesti aku tergelak sorang-sorang,sebenarnyer pic nie dah lama dalam tahun 2008 mcm tu la.time nie aku kerja kat sogo,dalam 2 tahun jgak la aku kerja kat sana,maklumlah bila time Dinner jew mula lah semua uniform hilangkan..time nie bertemakan ala2 70 an.tapi tengok balik dah mcm orang gila lah masing2...orang cakap zaman x ingat duniakan..Alahmdulillah sekarang aku tak mcm nie lah, maklumlah dah meningkat umur dan semakin matang,bak kata pepatah kan buang yang keroh ambil yang jernih..hehehee..insyaAllah setiap manusia tu akan berubah satu hari nanti..
sebenarnyer aku tengah bosan nie,dah pukul 6 pun aku tak balik rumah lagi, tak tawu la mcm mana nak menempuh jem jap lagi, dah la ari jumaat, mmang tak berbuka la ari nie jawabnyer.bila la kereta aku x nak wat hal lagi kan,setiap bulan asyik buat hal jew..nk tukar sayang plak.kadang-kadang tu menyusahkan ,bole buat darah tinggi naikk...

sekian,dengan hati yang sedih menunggu kereta yang tak sampai2 lagi..kepada kengkawan SELAMAT BERBUKE YERR....

Khamis, 18 Julai 2013

PENUH LAGI TABUNG...


bulan nie dapat jgak aku penuh kan tabung mini aku dengan duit 0.50 emas.walau pun nmpak kecik tapi nilai dia boleh tahan jgak.so lepas nie dah byk bole lah pergi bank untuk simpan.
x salah simpan sikit-sikit dulu lama-lama mana tawu jadi bukit kan..kite sebagai manusia kita tidak akan tahu ape yang berlaku di masa depan melainkan Allah, so dengan simpanan nie boleh digunakan untuk duit kecemasan.Syukur skrang nie aku dah pndai untuk berjimat dan menyimpan untuk masa hadapan..harap semangat yang ada nie tidak luntur.

.

Khamis, 11 Julai 2013

TIP KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA


1. Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein,vitamin,mineral serta sedikit lemak.

2. Lakukan aktiviti fizikil untuk meningkatkan metabolisme.
Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah setenggah jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.

3. Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak

4. Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.


TABIAT MAKAN PERLU DIELAKAN DI BULAN PUASA

1. Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk megelakan kejadian kembung perut atau makanan tidak hadam.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.

3. Kurangkan makanan tinggi gula,berkafein dan air berkarbonat.Minuman ini bole menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan.

4. Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta mengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.

5. Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

Selasa, 9 Julai 2013

Welcome Ramadhan




Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak





Kelebihan Bulan Ramadhan
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan

Isnin, 8 Julai 2013

petang yang bosan...



lagi sehari lagi kte umat islam aku menjalani ibadah puasa.wowwwww rasa x sabar plak nak puasa dengan suami yang tercinta.bosanyer hari nie, dah la jiran aku x datang tambah plak dengan ari isnin yang agak suram ari nie, x tawu la nak share ape, saje jew tayang kuih raya, maklum la aku kan duduk meja depan sekali, so salah satu nyer tempat aku dah bole jadi kedai runcit,mcm - mcm ada, bkan setakat kuih jew, minyak wangi la, roti lah, kek la,kerpok la, mcm -mcm ada.yang bestnyer sape yang lapar datang tempat aku memang leh jadi kenyang.jangan bulan puasa cari makanan kat sini sudah la.sebenarnyer x de cerita, tu yang merepek bagai nie.hehehehehe..

birthday MARIAM 06/07/2013

sorry gambar x clear plak..maklum lah camera murah....


auntie linda nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY pada MARIAM yang ke 01 tahun.sorry auntie x bawa hadiah pun, tak sempat la sayang.auntie doakan mariam panjang umur,menjadi anak yang solehah dan sihat tubuh badan, sayang mariam......







Jumaat, 5 Julai 2013

GIFT DARI SIFU.FOR 600 POINTS

Thank you so much kak sue kerana sudi datang menjenguk kami, dan yang paling best dapat gift plak tu,malah bukan MARRY KAY jew yang pemurah bagi gift tetapi sifu kami pun lagi lah pemurah.nak tawu kenapa budak bertiga nie dapat gift,sebabnyer dah buat sales 600 points dah.hehehee..mcm tak percayer jew  dah buat sales sampai 600 points,syukur Alhamdulillah rezeki anak-anak...heheheehee..(.dila sorang jew baru ada anak).Lepas nie lagi semangat buat sales,target aku kali nie nak buat 2400 points, boleh la aku dapat jam dari MARRY KAY,cantik beb...berkobar - kobar nak buat sales lagi.



 jangan tak tawu kami dah jadi berempat dah..kita dah ada ahli baru, tahniah kepada kak nani sudi meluang masa untuk mencuburi dalam bisnes MARY KAY.Selamat Maju Jaya kepada Kak Nani.



CIRI - CIRI ISTERI SOLEHAH




sekadar gambar hiasan


= Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri menolak. Kemudian, suami itu bermalam dalam keadaan marah maka isterinya itu dilakanat oleh para malaikat sehingga waktu pagi".

= Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.

= Tidak bermasam muka terhadap suami

= Sentiasa menuturkan kalimah yang baik -baik

= Tidak membebankan suami dengan permintaan di luar kemampuan suami.

= Keluar rumah hanya dengan izin suami.

= Menghargai pengorbanan suami.

= Menerima tunjuk ajar suami.

= Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk kedalam rumah.

= Berhias hanya untuk suami.

= Menghormati mertua serta kaum keluarga suami

= Sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.

=Menjadi penenag dan penyeri rumah tangga.

sumber dari mega  5/7/2013

Rabu, 3 Julai 2013

06 RAHSIA KEKAL SIHAT & BAHAGIA






1. BELANJA UNTUK DIRI SENDIRI

- Menurut Debra Engle dari  InnerGardener com, seorang wanita yang menghabiskan wang untuk membeli keperluan sendiri dapat meningkatkan rasa lebih baik dan sihat. Keadaan ini juga dapat meningkatkan mood, penampilan dan gaya seseorangan.

2. AKTIFKAN OTAK ANDA

- Neurobiologist Lawrence Katz dari Duke University mengatakan latihan kognitif atau ' neurabics' dapat mengaktifkan rangkaian baru pada otak dan melawan kesan penuaan mental agar anda sentiasa muda dan kuat.

- Anda juga boleh mengubah kebiasaan misalnya memakai jam tangan di pergelangan tangan lain, memakai minyak wangi yang berbeza setiap hari atau menyediakan makanan yang jarang dimasak.

3. LEBIH BERANI

- Penulis buku Women & Money, suze Orman mengatakan wanita takut untuk keluar dari zon 'selamat'. takut mengecewakan seseorang, takut kehilangan suami, takut anak - anak tidak mendengar kata, takut orang lain fikirkan tentang kita dan sebagainya.

- cubalah untuk mengambil risiko kecil dengan menceritakan kepada kawan rapat atau bertindak lebih berani dengan meminta kenaikan gaji atas prestasi kerja anda atau sebagainya.

- Cara ini dapat mengurangkan rasa takut, meningkatkan harga diri dan lebih berani

4. ELAKAKAN PERASAAN BERSALAH

- Sesetengah wanita merasa bersalah kerana tidak mempunyai masa lebih lama bersama keluarga dek kerana tuntutan kerja.Untuk menghilangkan rasa bersalah, berikan diri anda ruang untuk merasai emosi positif dan negatif. Ini dapat membantu ada untuk lebih tenang dan tetap fokus.

5. LAKUKAN SENAMAN YANG SISUKAI

- Biasakan diri untuk mencuba pelbagai senaman dan buang sikap putus asa seperti 'saya tidak cukup bagus bermain badminton'. Paling penting fokuskan demi kesihatan dan jangan sesekali memaksa diri untuk bersenaman

6. SENTIASA TERSENYUM DAN KETAWA

-Manfaat ketawa dengan melakukan senaman dan ia membantu mengaktifkan hampir sema sistem psikologi manusia.

- Menurut Steve Wison,terapis dan pakar psikologi, ketawa dapat membakar kalori, meningkatkan endorfin positif, mengurangkan stres dan mempertahankan sistem imun seseorang. Perbuatan ketawa setiap dua jam boleh disamakan dengan makan sebiji epal setiap hari.

Selasa, 2 Julai 2013

MAJLIS JASAMU DI KENANG YANG BERBAHAGIA TAN SRI DR. RAIS YATIM



Malam terakhir bersama YANG BERBAHAGIA TAN SRI DR. RAIS YATIM. Kraftangan telah mengadakan satu majlis yang sangat meriah pada 1 julai 2013. Malam majlis tersebut bertemakan hitam dan putih...classss gitu...pelbagai persembahan telah diadakan antaranyer dikir barat disampaikan oleh pengarah-pengarah bahagian, nyanyian dari Dato Suhaimi, dan mcm -mcm persembahan lagi.


acara dimulakan dengan ucapan salam perpisahan daripada Dato Suhaimi

meja VIP 

tidak ketinggalan ketua pengarah kita En Kamil berduet bersama kak Nurul menyampaikan lagu 60 an 

YANG BERBAHAGIA TAN SRI DR. RAIS YATIM bersama isterinye turut mengenakan tema hitam putih pada malam tersebut


kegedikan sebelum majlis bermula






THANKS KAK DIANA FOR THE LUNCH

Time kasih kak kerana sudi belanjer kami semua PIZA HUT, mcm tawu  jew kiteorang nak makan piza..heheehe.maklum la gigi baru nie bkan boleh makan sebarangan pun, tp kalo piza nie memang tak menolak lah..heeeheeee..lepas nie ktorang belanjer akk pulak yer...time kasih kak..selalu sangat belanjer ktorang, malu taw..heheehe


nie nak snap piza ke atau snap pic adi..dua2 pun bole lah...

alhamdulillah lunch untuk hari nie

muka semangat jew,tawu la dpt makan pizza

 kak diana & mayfara

Kak Rinie & Mayfara