Khamis, 17 September 2015
Apam susu yang ringkas tapi sedap
BAHAN - BAHAN
4 biji telur
1 sk esen vanila
2 cawan tepung gandum
7 sb susu pekat
2sk Ovelatte gula
# pewarna kesukaan
CAA MEMBUATNYA
1. Putar telur, ovellate, gula, sehingga kembang dan menjadi putih (lagi lama mixer lagi bagus )
2 Masukan susu dan tepung sedekit demi sedikit
3 bahagikan adunankepada beberapa bekas untuk letak warna yang berbeza
4 kukus selama 30 minit
Khamis, 27 Ogos 2015
puding jagung yang lazat
puding jagung selepas masak.
- 1 tin jagung (cream)
- 1 tin susu cair
- 3 cawan air
- 1 1/2 cawan gula
- 1 1/2 cawan tepung kastard
- sedikit garam
cara membuatnyer :
letak semua bahan dalam kuali kecuali jagung, kacau mengunakan api yang sederhana dan kacau sehingga pekat sedikit kemudian letak jagung dan kacau sehingga likat dan pekat.
ikan siakap asam boy
GOOD MORNING....pagi nie saya nak share masak stim ikan siakap asam boy.masak paling simple dan menjimatkan masa.kepada ibu ibu yang sibuk bekerja tu boleh cuba resepi nie..bole tahan la rasa nyer sedap bila makan time panas!!!!!
bahan- bahan :
1 ekor siakap yang siap dibersihkan
1 biji bawang holand - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - di ketuk
1 inci halia - dihiris
2 batang lobak merah - potong bulat
1 helai daun limau perut
4 biji asam boy
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
3 batang daun ketumbar
3 batang kacang panjang ( jika perlu)
cara memasak :
1. panaskan kukus terlebih dahalu
2.masukan ikan, cili merah , bawang,serai, lobak merah, sos ikan, sos tiram, dan asam boy dalam loyang
3. kukus selama 25 minit dan lepas tu masukan daun ketumbar,daun limau perut, kacang panjang dan garam dan perisa dengan secukupnya dan kukus lagi selama 5 minit
4. siap dan boleh dihidangkan
selamat memcuba
Isnin, 24 Ogos 2015
SAJE SUKA SUKI
Rasanyer dah lama x update dekat sini..sebenarnye banyak jew benda nak update..tapi tak sempat sempat nak update..hari nie luangkan masa ckit untuk update cerita yang lepas sudah berlalu tu...
kiteorang nie suka bergambar bila pakai kaler sama,memang berjanji antara satu sama lain..saje jew nak mengisikan masa lapang yang terluang ckit tu..
untuk hari nie kami semua pakai baju merah.yang berbeza lokasi jew.selaluyer ambik kat tempat sendiri jew.lepas nie tak tahu lah kaler ape nk berjanji sama..mungkin biru kot??
Selasa, 28 Julai 2015
PERSIAPAN UNTUK MY BFF WEEDING
rasanyer cepat jew masa berlalu,hari nie dah 12 Syawal..x lama lagi dah abis raya..dan minggu depan dah masuk bulan kemerdekaan..
hari nie nak cerita pasal bff aku sorang nie nak kawin dah..syukur Alhamdulillah keluarga bff kte semakin berkembang.
kali nie tema beza ckit dari bff lain,selalunyer nak sama kaler jew,x kisah pakai baju ape pun.tapi kali nie si Atiq nk seragam kan untuk bff dier..
Time kasih sb sudi sposer baju untuk bff time nikah nnti.
Khamis, 18 Jun 2015
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan - bahan
Cili kering
bawang merah 4 Biji
Bawang putih 3 ulas
3 batang daun kelsom
1 batang bunga kantan
asam jawa
garam
minyak
Cara membuatnya
1.Tumiskan cili kering,bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar atau ditumbuk sehingga menaik bau yang sedap tu
2. jgn lupa campakkan daun kelsom dan bunga kantan tu.pastu.....
3.masukan sedikit air asam jawa dan kacau sehingga sebati dan masukan ikan pari dan sayur yang anda suka
4. selepas mendidih masukan garam dan boleh dihidang...
Rabu, 17 Jun 2015
resepi kuih kaswi
selamat pagi semua..hari nie nak share resepi kuih kaswi.nak citer ckit la pasal kuih nie..masuk kali nie baru lah aku berjaya buat kuih nie, sebelum nie kuih aku keras bedentum taw..terima kasih kepada akk shima officemate aku keran berkongsi resepi nie.baru lah tak malu nak bagi kawan kawan rasakan..heheehehe...kuih nie modal tak banyak pun pastu senang jew buat.
bahan-bahan dan cara membuatnya
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
6 cawan air
sedikit garam
1. bancuh semua bahan diatas dan kacau hingga sebati dan tapiskan bancuhan tadi kedalam bekas yang lain
2. masukan satu sudu kecil air kapur didalam bancuhan tadi (sehingga bancuhan tadi bertukar kaler sedikit)
3. panaskan / wapkan bancuhan tadi kedalam periuk (jgn tinggalkan dan mengunakan api yang kecil)
4. oleskan loyang tersebut dengan sedikit minyak atau lapikan dengan plastik
5. kukus selama 45 minit dan sejukan
6. potong kuih tersebut dan gaul dengan kelapa putih
- SELAMAT MENCUBA-
popiah berinti ayam
SELAMAT BERPOSE WARGA BLOGGER SEMUA..
setiap kali bulan pose mesti kite mengidam mcm mcm makanan kan..setiap hari kite akan fikir nak berbuka ape la petang karang kan..nak share sikit untuk pembukaan berbuka nanti..
Bahan-bahan
isi ayam-direbus
sayuran tergantung pada seseorang.(sayur ape yang korang suka)
*lobak merah
*kacang panjang
*cili merah
*sengkuang
garam secukupnyer
pati ayam
Cara membuatnyer
1. Rebuskan isi ayam bersama pati ayam dan toskan airnyer sehingga kering
2.masukan semua sayur kedalam isi ayam tadi dan gaul bersama garam,
3. gulung popiah tersebut dan goreng dengan api yang kecil
4. bole dihidangkan dengan thai sos
selamat berbuka u all.....
OH....IKAN PERKASAM...
bila bulan pose semua benda terliur kan.termasuklah ikan perkasam nie..belum lagi pose dah terfikir nak makan ape berbuka nnti..setiap bulan pose aku mesti mencari ikan perkasam nie kat bazar.sekarang dan byk yang jual ikan perkasam yang dah goreng..balik dah boleh ngap jew..kalo ada ikan nie bole dua pingan aku makan nasi..
Selasa, 16 Jun 2015
hati sentap...
huawaaaaaa...hari nie mud nak luahkan perasaan jew..hari nie aku rasa sentap sekejap..ntah la nape hari nie aku terasa nak sentap bagai..bila dah jadi ibu nie cepat sangat hati nie tersentuh lebih lebih lagi orang cakap mengenai pasal anak kite..maklumlah baru saje bergelar jadi ibu kan..banyak perkara nak belajar dan mendalami dunia anak kecil.tapi tak salah pun orang sekeliling nak bagi pendapat.tp bagi peluang jgk kepada ibu si kecil nie nak buat keputusan kan..kalau rasa salah tu tegur lah dengan sebaik mungkin..jgan anggap si ibu tak bole langsung nak buat keputusan untuk anak sendiri..benci...benci..benciii....
kadang kadang hati nie memang meronta ronta sakit hati..tapi fikir la posotif semua yang terjadi tu..dan nasihat diri sendiri jgan mudah melenting..
kadang kadang hati nie memang meronta ronta sakit hati..tapi fikir la posotif semua yang terjadi tu..dan nasihat diri sendiri jgan mudah melenting..
Selasa, 26 Mei 2015
Rabu, 20 Mei 2015
sudu CALISSA COLLECTION - AVON
Morning Kawan kawan...
tup tup dah nk hujung buln MEI dah..bape hari lagi akn menjelma bulan Ramadan..sukayer..
belum lagi pose dah sibuk nak beli barang untuk raya plak..hihihihihi..saje nak share ngan kawan kawan benda baru yg aku beli nie..Nie sudu yang aku beli dekat AVON..bagi aku berkualiti dan sudu dia berat la jugak.Aku rasa tak rugi pun nak beli dengan disaluti bunga yang cantik tu..tp pandangan aku lagi cantik dia letak kaler pink..biasa lah aku kan giler warna pink..
Harga dia tak mahal pun rm 39.90.semua orang mampu milik..
sila rujuk buku AVON kempen 11 2015
Isnin, 27 April 2015
OLIVE OIL FOR HAIR & SKIN
saje jew nak update produk baru yang aku pkai sekarang nie,aku tak jual pun.orang cakap minyak nie bagus untuk kulit kering...puas aku cari produk ape yang berkesan untuk atasi kulit kering.
Yang best minyak nie tak berbau pun dan tak melekit. Bukan setakat rambut malah seluruh badan boleh guna minyak nie..
Nota kaki : terima kasih pada jiran sebelah aku nie sudi beli minyak untuk aku..
Selasa, 21 April 2015
PHOTOBOOK UNTUK BBY KU
Siap sudah photobook untuk si tepet aku nie..masuk hari nie genap lah dia 4 bulan..hahahahahaha
jenuh jgk nak pilih gambar si tepet nie.banyak sangat gambor dia nie..tp aku pilih la yang berkenan dihati..ikutkan tak cukup 40 pages nie..next time ada promotian nak beli lagi lah..kali ni nak buat banyak pic ngan mmuy dier jew..
akhirnyer dapat jgk buat photobook untuk anak sendiri..bila buat untuk anak snediri malas plak nak kreatif,main letak jew gambar bagi penuh dan padat..
Rabu, 8 April 2015
Rose by MYFARA
Thanks Mai sudi belikan aku bunga rose yang cantik nie..belum sempat untuk membelai dan bermesra bsama rose nie..InsyaAllah aku akan jaga Rose nie sampai berbunga byk..
Bila dapat jew Rose nie hati banyak gembira..Harap la rose nie patuh pada tuan dier..Berbunga la byk nnti yer..
Step 1 : Tukar pasu dan tambahkan tanah organic
Step Kedua : lepas 2 minggu letak baja
Step 3:Potong dahan yg rosak ..
# Petua dari myfara siram pokok rose dengan air sejuk (air dalam peti ais)
# Rose Oren
# Rose Pink
# tak dilupai pokok sebelah tu..rose jepun mix
Pokok kecilku dalam perhatian lagi...(RJ)
Morning semua...tngok la pokok saya yang masih kecil nie..bila la nak merimbun n berbunga..hati nie tak sabar nk tngok bunga bunga yang cantik tu keluar..mungkin lagi sebulan mungkin merimbun hendak..Kepada yang pandai bercucuk tanam bole tunjuk ajar saya yg baru nak mnam nie..kih..kih..kih..
Rindu sangat sangat
RINDU!!!!!!!!!!!
Ntah nape hari nie aku mcm sedih plak teringatkan dorang nie semua...Lamanyer aku hidup dengan anak bulus nie..hampir tiga tahun jgk la hidup ngan meow meow nie.. ..meow meow nie lah pengibur hati aku dan mr hbby aku..yang paling sedih skali mr.hbby aku lah sampai menangis dan demam lagi..dia mmang sayang sgt sgt..time aku serahkan meow tu kat penjaga lain mr.hubby x de kat rumah dia cakap memang tak bole tngok meow dia kena serah kat org lain..
walaupun meow semua nie x de depan mata aku, aku akan ingat sampai bila bila..sayang sangat kat dorang nie..aku harap anak aku pun suka kucing mcm papa n mmy dierr...
Bukan aku sorang jew rindu kat meow nie adik aku pun rindu jgk..bole dikatakan family aku suka kucing..tp mak aku jew selalu x bagi bawa balik rumah.
Harap sangat kucing aku sihat dan gemok mcm aku jaga dahulu..rindu tak terkata..rasa nk nangis pun ada jgk..InsyaAllah kalo haikal dah besar MMy nk ambik balik kucing kucing nie..
Abang dan N-cot
kiki
Jumaat, 27 Mac 2015
mood berkebun kembali lagi..
Rasanye dah lama x update kat sini kan..ari nie nak citer ckit pasal "mood berkebun kembali lagi"
Sebelum nie pun aku dah berkebun kecil kecilan dirumah jew..time tu mmang mengila nak menanam semua pokok..bole dikatakan tiap tiap minggu aku g nursery di melaka,time tu aku bertugas di melaka..Kat Melaka banyak plak nursery..tiap tiap mggu bawa balik pokok dari melaka ke Kl..
ok sekarang nk cerita pasal pokok rose jepun.Lepas bersalin nie hati nie membuak buak nak taman pokok rose jepun.Nasib la jiran sekerja aku nie pun suka taman rose jepun..dia lah orang first bagi rose jepun aku..gambar kat atas tu baru belajar taman rose jepun..sejak sejak nie aku suka search mengenai RJ..cara nak jaga RJ mcm mana.nasib mr Hubby aku x kisah, dia lah teman aku g beli tanah,beli pasu dan paling best dia bagi kata kata semangat untuk tanam RJ nie
Dan paling tak sabar sekali nak tngok RJ aku berbunga dengan rimbunnyer..tp kena bersabar kena ambik masa untuk berbunga..banyak step perlu aku buat..kesabaran n kerajinan sangat penting dalam bidang perkebunan kan..heheheheh
Tak sabar nak merimbun mcm nie..
Jumaat, 20 Mac 2015
RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA
1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 barang serai
1 biji tomato
1 batang lobak merah
cili boh (mengikut kepedasan)
sos tiram
sos cili
sos tomato
sos ikan
garam
gula
1. ikan siakap dibersihkan dan dilumurkan dengan tepung jagung
2. panaskan minyak,dan goreng sehingga garing
3.untuk kuah plak tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu dan sedikit cili boh,tumis sehingga cili itu masak
4.kemudian masukan tomato, serai, lobak merah yang dipotong dadu
5.masukan sos cili,sos tomato,sos tiram,sos ikan mengikut kuantiti kuah
6.letakan sedikit air,garam dan gula.
7.selesai masak kuah boleh curahkan kuah tu diatas ikan..
SELAMAT MENCUBA
PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN OLEH SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
1. suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah
2. Banyak membaca Al-Quran dan mengarapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut
3. Suami hendaklah banyak berpuasa isnin dan kahmis
4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah
5. Elakkan daripada pergi ke tempat tempat yang tidak dibenarkan oleh syarak
6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang orang yang soleh
7. suami hendak banyak bersabar dalam menjalinkan hubungan dengan isteri
8. Banyak membaca doa untuk keselamatan isteri yang sedang mengadung dan keselamatan anak dalam kandungan
9. Suami hendaklah menjaukan diri daripada mara,dan benci terhadap isteri
10. Dilarang mmbuka aurat,kerana dikhuatirikan mempengaruhi akhlak anak yang dilahirkan.
2. Banyak membaca Al-Quran dan mengarapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut
3. Suami hendaklah banyak berpuasa isnin dan kahmis
4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah
5. Elakkan daripada pergi ke tempat tempat yang tidak dibenarkan oleh syarak
6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang orang yang soleh
7. suami hendak banyak bersabar dalam menjalinkan hubungan dengan isteri
8. Banyak membaca doa untuk keselamatan isteri yang sedang mengadung dan keselamatan anak dalam kandungan
9. Suami hendaklah menjaukan diri daripada mara,dan benci terhadap isteri
10. Dilarang mmbuka aurat,kerana dikhuatirikan mempengaruhi akhlak anak yang dilahirkan.
Langgan:
Catatan (Atom)