Khamis, 17 September 2015

Apam susu yang ringkas tapi sedap





BAHAN - BAHAN

4 biji telur
1 sk esen vanila
2 cawan tepung gandum
7 sb susu pekat
2sk Ovelatte gula
# pewarna kesukaan

CAA MEMBUATNYA

1. Putar telur, ovellate, gula, sehingga kembang dan menjadi putih (lagi lama mixer lagi bagus )
2 Masukan susu dan tepung sedekit demi sedikit
3 bahagikan adunankepada beberapa bekas untuk letak warna yang berbeza
4 kukus selama 30 minit

Khamis, 27 Ogos 2015

puding jagung yang lazat

puding jagung selepas masak.


  1. 1 tin jagung (cream)
  2. 1 tin susu cair
  3. 3 cawan air
  4. 1 1/2 cawan gula
  5. 1 1/2 cawan tepung kastard
  6. sedikit garam
cara membuatnyer :

letak semua bahan dalam kuali kecuali jagung, kacau mengunakan api yang sederhana dan kacau sehingga pekat sedikit kemudian letak jagung dan kacau sehingga likat dan pekat.









ikan siakap asam boy


GOOD MORNING....pagi nie saya nak share masak stim ikan siakap asam boy.masak paling simple dan menjimatkan masa.kepada ibu ibu yang sibuk bekerja tu boleh cuba resepi nie..bole tahan la rasa nyer sedap bila makan time panas!!!!!







bahan- bahan :


1 ekor siakap yang siap dibersihkan

1 biji bawang holand - dihiris

2 tangkai cili merah - dihiris

3 ulas bawang putih - dihiris

1 batang serai - di ketuk

1 inci halia - dihiris

2 batang lobak merah - potong bulat

1 helai daun limau perut

4 biji asam boy

2 sudu besar sos ikan

2 sudu besar sos tiram

3 batang daun ketumbar

3 batang kacang panjang ( jika perlu)


cara memasak :


1. panaskan kukus terlebih dahalu

2.masukan ikan, cili merah , bawang,serai, lobak merah, sos ikan, sos tiram, dan asam boy dalam loyang

3. kukus selama 25 minit dan lepas tu masukan daun ketumbar,daun limau perut, kacang panjang dan garam dan perisa dengan secukupnya dan kukus lagi selama 5 minit

4. siap dan boleh dihidangkan


selamat memcuba


Isnin, 24 Ogos 2015

SAJE SUKA SUKI

Rasanyer dah lama x update dekat sini..sebenarnye banyak jew benda nak update..tapi tak sempat sempat nak update..hari nie luangkan masa ckit untuk update cerita yang lepas sudah berlalu tu...

kiteorang nie suka bergambar bila pakai kaler sama,memang berjanji antara satu sama lain..saje jew nak mengisikan masa lapang yang terluang ckit tu..
 untuk hari nie kami semua pakai baju merah.yang berbeza lokasi jew.selaluyer ambik kat tempat sendiri jew.lepas nie tak tahu lah kaler ape nk berjanji sama..mungkin biru kot??






















Selasa, 28 Julai 2015

PERSIAPAN UNTUK MY BFF WEEDING



 rasanyer cepat jew masa berlalu,hari nie dah 12 Syawal..x lama lagi dah abis raya..dan minggu depan dah masuk bulan kemerdekaan..
hari nie nak cerita pasal bff aku sorang nie nak kawin dah..syukur Alhamdulillah keluarga  bff kte semakin berkembang.
kali nie tema beza ckit dari bff lain,selalunyer nak sama kaler jew,x kisah pakai baju ape pun.tapi kali nie si Atiq nk seragam kan untuk bff dier..
Time kasih sb sudi sposer baju untuk bff time nikah nnti.

Khamis, 18 Jun 2015

Asam Pedas Ikan Pari



Bahan - bahan

Cili kering  
bawang merah 4 Biji
Bawang putih 3 ulas
3 batang daun kelsom
1 batang bunga kantan
asam jawa
garam
minyak


Cara membuatnya

1.Tumiskan cili kering,bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar atau ditumbuk sehingga menaik bau yang sedap tu

2. jgn lupa campakkan daun kelsom dan bunga kantan tu.pastu.....

3.masukan sedikit air asam jawa dan kacau sehingga sebati dan masukan ikan pari  dan sayur yang anda suka

4. selepas mendidih masukan garam dan boleh dihidang...


Rabu, 17 Jun 2015

resepi kuih kaswi







selamat pagi semua..hari nie nak share resepi kuih kaswi.nak citer ckit la pasal kuih nie..masuk kali nie baru lah aku berjaya buat kuih nie, sebelum nie kuih aku keras bedentum taw..terima kasih kepada akk shima officemate aku keran berkongsi resepi nie.baru lah tak malu nak bagi kawan kawan rasakan..heheehehe...kuih nie modal tak banyak pun pastu senang jew buat.

bahan-bahan dan cara membuatnya

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
6 cawan air
sedikit garam

1. bancuh semua bahan diatas dan kacau hingga sebati dan tapiskan bancuhan tadi kedalam bekas yang lain

2. masukan satu sudu kecil air kapur didalam bancuhan tadi (sehingga bancuhan tadi bertukar kaler sedikit)

3. panaskan / wapkan bancuhan tadi kedalam periuk (jgn tinggalkan dan mengunakan api yang kecil)

4. oleskan loyang tersebut dengan sedikit  minyak atau lapikan dengan plastik

5. kukus selama 45 minit dan sejukan

6. potong kuih tersebut dan gaul dengan  kelapa putih

- SELAMAT MENCUBA-