Jumaat, 13 September 2013

EPAL DAN BAWANG PUTIH

BAWANG PUTIH TURUNKAN BERAT BADAN

menurut pakar pemakanan,bawang putih sangat baik untuk membantu proses penurunan berat badan.Banyak bukti menunjukan bawang putih efektif untuk mencegah tekanan darah tinggi, mengawal diabetes, dan mengurangkan risiko serangan jantung.


SEBIJI EPAL UNTUK KURUS

Terdapat beberapa kajian yang menunujukan bahawa pengambilan sebiji epal atau pir sebelum mengambil makanan berat dapat meningkatkan kadar penurunan berat badan. Buah-buahan yang kaya serat menjadikan seseorang itu mudah kenyang dan pengambilan makanan lebih terkawal. Tidaklah anda asyik lapar walaupun selepas makan.






























Rabu, 11 September 2013

TIP SEMPENA KENAIKAN MINYAK.

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak.mcm biasa lah lepas pilihan raya mesti ada kenaikan punyerr..tp semua tu x pe..yang penting kte sama-sama terima hati yang terbuka.. Bukan harga minyak sahaja yang naik malah harga barang pun turut naik jgak..Ape yang kite perlu lakukan iaitu berjimat cermat,itu lebih baik sebenarnyer.Hari nie nak share berape tip untuk jimatkan minyak.

1. Penuhkan minyak
Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang. Minyak meruap dengan pantas. Isi minyak dengan perlahan. Jangan tekan nozzle tu kuat sangat. Minyak yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar. (isi pelahan x pe, tp jgan sampai org beratur smpai belakang plak)

2. Kurangkan laju
Bawa dengan kelajuan yang konsisten. Kalau 70, cuba kekal 70 saja. Jangan tekan minyak selalu secara mendadak. ( tp nak bawa slow tu tngok keadaan jgak,jgan nak mcm kura2 sgt)

3. Tayar
Bila kita gunakan tayar yang saiznya lebih lebar, lebih minyak akan digunakan. Ini kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yang lebar.

4. Letakkan kereta di tempat teduh
Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan.

5. Angin tayar
Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yang betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak.

6. Kurangkan beban
Bersihkan kereta. Apa saja barang yang tak diperlukan keluarkan daripada kereta. Tahukah bebanan sebanyak 50 kg akan menggunakan 2% minyak?

7. Naik basikal

Isnin, 9 September 2013

TIP PEMAKANAN SELEPAS PEMBEDAHAN

Penjagaan pemakanan sangat penting, Ia bagi mempercepatkan proses pemulihan. Pesakit digalakkan untuk memakan makanan-makanan yang sihat dan tidak gatal. Makan makanan yang mengandungi banyak protein seperti daging, ayam, ikan dan buah-buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur-sayuran pula kaya dengan vitamin.

Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.Pesakit juga boleh  makan oat dan makanan yang berserat. Elakkan mengambil makanan yang berminyak.

Pengambilan buah-buahan seperti betik digalakkan bagi melancarkan pembuangan air besar. Ini bertujuan mengelakan pesakit meneran. Sekiranyer mengalami sembelit mungkin pesakit akan meneran,Dikhuatiri pesakit mengunakan terlalu banyak tenaga dan tekanan di bahgian dada meningkat.

Makanan yang kaya degan protein dan vitamin yang mencukupi dapat megelakkan pesakit mengalami kekurangan berat badan yang ketara dan dapat mengembalikan tenaga mereka.dengan cara ini, pesakit cepat sembuh dan mereka akan merasa selesa serta bertenaga semula.