Jumaat, 27 Mac 2015

mood berkebun kembali lagi..





Rasanye dah lama x update kat sini kan..ari nie nak citer ckit pasal "mood berkebun kembali lagi"
Sebelum nie pun aku dah berkebun kecil kecilan dirumah jew..time tu  mmang mengila nak menanam semua pokok..bole dikatakan tiap tiap minggu aku g nursery di melaka,time tu aku bertugas di melaka..Kat Melaka banyak plak nursery..tiap tiap mggu bawa balik pokok dari melaka ke Kl..

ok sekarang nk cerita pasal pokok rose jepun.Lepas bersalin nie hati nie membuak buak nak taman pokok rose jepun.Nasib la jiran sekerja aku nie pun suka taman rose jepun..dia lah orang first bagi rose jepun aku..gambar kat atas tu baru belajar taman rose jepun..sejak sejak nie aku suka search mengenai RJ..cara nak jaga RJ mcm mana.nasib mr Hubby aku x kisah, dia lah teman aku g beli tanah,beli pasu dan paling best dia bagi kata kata semangat untuk tanam RJ nie
Dan paling tak sabar sekali nak tngok RJ aku berbunga dengan rimbunnyer..tp kena bersabar kena ambik masa untuk berbunga..banyak step perlu aku buat..kesabaran n kerajinan sangat penting dalam bidang perkebunan kan..heheheheh

Tak sabar nak merimbun mcm nie..








Jumaat, 20 Mac 2015

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA


1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 barang serai
1 biji tomato
1 batang lobak merah
cili boh (mengikut kepedasan)
sos tiram
sos cili
sos tomato
sos ikan
garam
gula

1. ikan siakap dibersihkan dan dilumurkan dengan tepung jagung
2. panaskan minyak,dan goreng sehingga garing
3.untuk kuah plak tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu dan sedikit cili boh,tumis sehingga cili itu masak
4.kemudian masukan tomato, serai, lobak merah yang dipotong dadu
5.masukan sos cili,sos tomato,sos tiram,sos ikan mengikut kuantiti kuah
6.letakan sedikit air,garam dan gula.
7.selesai masak kuah boleh curahkan kuah tu diatas ikan..


SELAMAT MENCUBA

PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN OLEH SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

1. suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah

2. Banyak membaca Al-Quran dan mengarapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut

3. Suami hendaklah banyak berpuasa isnin dan kahmis

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah

5. Elakkan daripada pergi ke tempat tempat yang tidak dibenarkan oleh syarak

6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang orang yang soleh

7. suami hendak banyak bersabar dalam menjalinkan hubungan dengan isteri

8. Banyak membaca doa untuk keselamatan isteri yang sedang mengadung dan keselamatan anak dalam kandungan

9. Suami hendaklah menjaukan diri daripada mara,dan benci terhadap isteri

10. Dilarang mmbuka aurat,kerana dikhuatirikan mempengaruhi akhlak anak yang dilahirkan.

Isnin, 7 April 2014

gelagat kawan yang celebrate di bulan Februari

BIRTHDAY GIRLS - 

PN MAIFARA - 8 FEB

PN DILA - 9 FEB

PN RINNIE - 16 FEB

PN LINDA 25 FEB

































SESIAPA YANG TAK SAYANG KUCING LAGI...


hari nie nak cerita pasal kucing lagi...kucing...kucing...kucing.....

aku salah seorang hantar kucing-kucing aku kat sini...sini tu dimana kan????? 

tempat nie terletak kat setapak utuk lebih lanjut boleh call number kat bawah tu..

DBKL- SPCA Klinik Kembiri
Pusat Kurungan Haiwan, Jabatan Kesihatan DBKL
Jalan Air Jerneh, Air panas,Setapak 53200 Kuala Lumpur

kenapa aku hantar kucing aku kat sini: first sekali kiki kesayangan en hubby aku tu terlebih subur setahun beranak smpai 2kali..mula - mula sekor jew kat umah aku, tak smpai 3 tahun kucing dalam rumah aku bertambah menjadi 7 ekorr...makkkaiiiiii banyak tu..dah la rumah rumah sekangkang kera jew...

buntu jgk la memikirkan kucing-kucing aku nie..macam-macam aku fikir  sampai aku tak lena tido lahh...
nak buang kat luar sana rasa tak smpai hati plak..takut kena langgar ke,kena hujan ke,ke tak makan ke...aduh memang akan rasa bsalah smpai bila2 la...

Alhamdullilah satu hari aku dapat pentujuk kat mana perlu aku hantar semua kucing-kucing aku dengan selamat.Tapi en.hubby aku suruh hantar anak -anak dia jew...aku rasa tak smpai hati nak hantar anak dia jew sb anak kucing aku tu menyusu lagi .aku hantar dengan ibu (kiki) sekali.wahhhhhhhhhh balik-balik jew rumah en.hubby aku nangis sb aku hantar kucing(kiki) kesayangan dia sekali, selang dua hari aku terpaksa ambik Si kiki bawa balik rumah sb en.hubby aku x sangup kehilangan si kiki dia tu....korang nak tawu kena denda kalo nak ambik balik kucing-kucing tu...Sekor dalam RM 15.00......

 Ini lah tempat aku hantar kucing...
kat sini bukan saja tempat kurungan haiwan jew...tapi  kat sini  pelbagai perkhidmatan disediakan..salah satunyer bole sunat kucing, bole merawat haiwan kesayangan dan mcm-mcm lah


salah satu sangkar tempat kurungan kucing-tempat sangat bersih




korang tengok la aku bawa sangkar pun sampai sengit-sengit...5 ekor tu dalam sangkar tu...



sangkar banyak lagi kosong..sape yang jumpa kucing kat luar tu bole hantar kat sini...kat sini makan minum dijaga oleh bah kesihatan DBKL.

nie adalah semua kucing-kucing aku....yang besar tu la kiki..wat muka kesian plak...alorrrr tiba-tiba aku sebak plak....aduhhh rasa mcm kesian plak kat kucing niee..maaf kan aku yerr

nie plak sangkar untuk anjing...bising wey tempat nie dengar anjing menyalak nak keluar...aku rasa nie semua anjing liar kot...


  
heheheheehe...nampak mata jew...kiutttnyerrrr....

Khamis, 20 Mac 2014

kisah kucing - kucing ku.

HARI NIE MOD NAK CITER PASAL KUCING..lama rasanyer x update pasal blog nie...diam tak diam aku dah bela kucing selama 3 tahun dah...agak lama jgk kan?????kira byk jgk la pengalaman pasal kucing nie...niat hati memang tak nak bela kucing lama-lama, aku nie dah la semput  yang agak kronik skit
tp aku pelik jgk sejak aku bela kucing x delah kena semput selalu,mungkin jaga ngan dengan keikhlasan kot...heehehehe.aku nmpak jew tak suka dengan kucing.tapi  bila kucing aku sakit jew mula aku mengelabah cari ubt,cari air kelapa la,cari rumput la...aku lah org yang paling risau sekali..aku pelik jgk si kiki nie badan dia takat tu jew.makan kuat tp x mau naikpun bdn tu..nmpak mcm kucing kering jew..





ini lah kucing first yang aku bela...namanyer KIKI...aku yang buh nama tu...nama jew kiut tapi perangai mcm kucing liar...kira nak bermanja memang tak dapat lah...KIKI nie kucing kesayangan my cayang...first time jumpa kiki nie kat tepi jalan hampir nak kena langgar ngan kete..nasib la time tu my cyg nmpak terus ambik dan bawa balik rumah..katanyer nak bela smpai dia besar ckit pastu nak lepaskan..tp hakikatnyer bela smpai kesudahlah...selama tiga tahun aku bela kiki nie dah 6 ekor anak dah keluar..Kucing aku nie mmang aktive kalah tuan dier...huhuhuhhu....Kiki nie senang nak bela, tak byk kerenah sgt mcm anak-anak dia tu...


nie salah satu anak KIKI...nama dia poyo ckit iaitu ABG..nie plak kucing kesayangan aku...manja sangat abg nie...wahhhh kadang2 rasa aku layan dia macam anak plak...over la aku niee....adik aku si mas tu pun cakap over la ko nie ingat dia tu manusia ke...duk timang-timang...aku nie susah ckit nak suka dengan kucing..tapi kali nie aku terlebih sayang plak..kadang-kadang tu smpai laki aku ckp aku nie pilih kasih...nak syg kucing yang comel jew..ape-ape pun la mummy sayang abg...manja n gedik sgt dia tu....



nie anak keluaran kedua kiki..sekali beranak 4 ekor..mula la kepala aku strt pening sb dah bertambah ahli plak kat rumah aku nie...tertekan ouhhhhh dah mcm zoo plak rasanyer...dua bulan jew aku belak anak da yang 4 ekor niee...rumah aku nie mcm kotak mancis jew mana bole bela byk2 silap2 kena saman plak dengan DBKL...so aku ambik keputusan pergi hantar kat Pusat Pemuliharaan DBKL kat setapak...time nak hantar memamg sedih la,tp untuk kebaikan semua....

tengok la gaya sekor-sekor tu...kenyangan sgt la tu...errmmmm geram jew..




Selasa, 25 Februari 2014

birthday yang ke 27 (2014)

Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur..25  Februari nie genap la aku 27 tahun..wahhh cepatnyer masa berlalu..Ape2 pun aku bersyukur sangat diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna walau pelbagai rintangan dan ujian yang melanda..tahun nie aku sambut birtday yang sederhana jelah,yelah  dah nak tua kan.Syukur tahun nie dapat jgk hadiah dari suami dan kawan-kawan..
nie sebahgian hadiah daripada mereka semua...terima kasih pada semua yang mengingati dan saya amat menghargainyer...










                         





kejutan dari kawan-kawan di office...terima kasih kakak semua...heheehehehe...



Dinner bersama En.hubby...


celebrate bersama bff...