Isnin, 9 September 2013

TIP PEMAKANAN SELEPAS PEMBEDAHAN

Penjagaan pemakanan sangat penting, Ia bagi mempercepatkan proses pemulihan. Pesakit digalakkan untuk memakan makanan-makanan yang sihat dan tidak gatal. Makan makanan yang mengandungi banyak protein seperti daging, ayam, ikan dan buah-buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur-sayuran pula kaya dengan vitamin.

Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.Pesakit juga boleh  makan oat dan makanan yang berserat. Elakkan mengambil makanan yang berminyak.

Pengambilan buah-buahan seperti betik digalakkan bagi melancarkan pembuangan air besar. Ini bertujuan mengelakan pesakit meneran. Sekiranyer mengalami sembelit mungkin pesakit akan meneran,Dikhuatiri pesakit mengunakan terlalu banyak tenaga dan tekanan di bahgian dada meningkat.

Makanan yang kaya degan protein dan vitamin yang mencukupi dapat megelakkan pesakit mengalami kekurangan berat badan yang ketara dan dapat mengembalikan tenaga mereka.dengan cara ini, pesakit cepat sembuh dan mereka akan merasa selesa serta bertenaga semula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan