Khamis, 11 Julai 2013

TIP KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA


1. Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein,vitamin,mineral serta sedikit lemak.

2. Lakukan aktiviti fizikil untuk meningkatkan metabolisme.
Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah setenggah jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.

3. Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak

4. Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.


TABIAT MAKAN PERLU DIELAKAN DI BULAN PUASA

1. Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk megelakan kejadian kembung perut atau makanan tidak hadam.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.

3. Kurangkan makanan tinggi gula,berkafein dan air berkarbonat.Minuman ini bole menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan.

4. Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta mengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.

5. Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan